Carian
Celcom Menawarkan Droid Razr Pada Harga Serendah RM1308
November 11, 2011 Aman

Selain daripada Samsung Galaxy Note, Celcom juga turut sama mula menawarkan peranti Motorola Droid Razr yang dilancarkan di Malaysia pada minggu ini, dimana melalui Celcom, peranti yang berharga RM1999 itu boleh didapati pada harga serendah RM1308 dengan kontrak Celcom Exec selama 18 bulan.

Melalui Motorola Droid Razr, ia membawakan Android 2.3 sama seperti pada Galaxy Note, selain membawakan skrin seluas 4.3-inci, cip pemprosesan dwi-teras 1.2GHz, kamera belakang 8-megapixel, dan juga dibina menggunakan Kevlar, memberikan daya tahan yang tinggi padanya, serta membawakan rekabentuk yang amat nipis.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan peranti ini, mungkin terlebih dahulu anda boleh membaca ulasan ringkas yang disediakan oleh kami.

Komen