Cari @ Amanz

Desas-desus dan ura-ura berkaitan telefon pintar Xperia Cyber-shot telah kedengaran sejak minggu lepas, dan kini beberapa info tambahan mula kedengaran, mengatakan ia dikenali dengan nama kod “Honami”, dan dirancang untuk diperkenalkan pada tahun ini.

Peranti ini juga dilaporkan akan menjadi salah satu peranti yang dibangunkan dengan bekerjasama dengan beberapa bahagian dalam Sony, dan bukan hanya melibatkan Sony Mobile seperti sebelum ini.

Daripada laporan awal, ia dikatakan peranti “Honami” ini kelak akan menyertakan skrin bersaiz 5-inci, cip pemprosesan Snapdragon 800, memori sebanyak 2GB RAM, dan juga bateri berkapasiti 3000mAh. Dari segi kamera, ia dikatakan akan menyertakan sensor sebesar 20-megapixel.

Buat masa ini, ia hanya sekadar ura-ura awal sahaja, dan masih tidak diketahui berkenaan kesahihan spesifikasi yang diperkatakan. Namun, apa yang lebih menjadi tumpuan ramai adalah adakah teknologi yang digunakan oleh Sony pada peranti ini kelak menyerupai pada PureView (Nokia) ataupun seperti teknologi Ultrapixel daripada HTC.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd