Mengekalkan rekabentuk seumpama Galaxy S4
Sebelum ini kita telah dengar Galaxy Note 3 akan menggunakan bahan binaan bukan plastik, dan membawakan rekaan yang lebih menarik. Nampaknya, perkara tersebut mungkin tidak akan terjadi, dan kedengaran pihak Samsung akan menggunakan rekaan yang sama seperti Galaxy S4.
Perkara ini dikatakan adalah kerana kemungkinan permintaan yang tinggi untuk Galaxy Note 3, dan Samsung mungkin tidak dapat bersedia dengan bahan binaan baru pada masa yang tepat.
Walaubagaimanapun, ia sekadar ura-ura awal sahaja, dan mungkin kita perlu nantikan sehingga bulan September atau Oktober untuk melihat apakah yang bakal dibawakan oleh Samsung.
Galaxy Note 3 dikatakan akan menyertakan cip pemprosesan Exynos 5 Octa, kamera 13-megapixel pada bahagian belakang, kamera 2-megapixel pada bahagian hadapan, dan didatangkan dengan skrin bersaiz 5.99-inci.