Selain pengumuman berkaitan dengan Nexus 7 generasi baru dan juga Android 4.3, gergasi internet – Google turut sama mengumumkan salah satu dongle mereka yang dinamakan sebagai Chromecast.
Chromecast ditujukan untuk para pengguna televisyen, dimana ia dihubungkan melalui HDMI, dan seterusnya membolehkan ia dihubungkan ke peranti Android dan iOS anda dengan mudah.
Daripada apa yang diperlihatkan, Google menunjukkan kebolehan memainkan YouTube melalui Chromecast, dimana pengguna boleh memilih kandungan yang ingin ditonton, dan kemudiannya menonton ia pada televisyen.
Chromecast ini juga memfokuskan kepada sokongan pelbagai platform, dan pihak Google mengatakan pelbagai aplikasi lain turut akan hadir untuknya dalam masa terdekat.
Chromecast akan ditawarkan pada harga $35, dimana turut sama akan ditawarkan melalui Amazon.