Perkhidmatan XOX-Voopee Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

Perkhidmatan XOX-Voopee Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

Diterbitkan pada Jan 28, 2014 oleh .

Pada tahun 2012 yang lepas, kami pernah menulis mengenai XOX-Voopee. Walaupun telah boleh digunakan sejak tahun tersebut, namun ia dilihat hanya diperkenalkan secara rasminya oleh pihak XOX baru-baru ini.

Bagi yang tidak mengenali XOX-Voopee, ia merupakan salah satu perkhidmatan mudah-alih tanpa SIM yang berfungsi lebih kurang seperti Yes Life, dimana pengguna diberikan sebuah nombor telefon khas, dan boleh menghubungi sesiapa sahaja melalui sokongan VoIP, permesejan dan sebagainya.

Seperti biasa, ia bergantung kepada talian internet. Perkara ini sekaligus menjadikan XOX Voopee sebagai salah satu alternatif menarik bagi mereka yang merantau dan ingin membuat panggilan kembali ke rumah di Malaysia.

XOX Voopee

Berbeza dengan tahun 2012, kini harga yang ditawarkan adalah lebih berpatutan, dimana mereka mengenakan caj sebanyak 10 sen seminit untuk panggilan ke talian tetap atau mudah-alih, dan 10 sen untuk SMS. Pengguna perlulah mempunyai sambungan internet sebelum dapat menggunakan perkhidmatan ini, sama ada melalui rangkaian WiFi ataupun melalui Mobile Internet menggunakan talian telefon sedia ada.

Buat masa ini, Voopee ditawarkan hanya untuk Android, dan versi iOS dilihat akan hadir tidak lama lagi.

Muat-Turun XOX Voopee untuk Android


TIPS & ULASAN