Carian
GTool Panel Press : Alat Nyahbengkok iPhone 6 Plus
October 14, 2014 Effi Saharudin

gTool-PanelPress-for-iPhone-672x372

Peranti Apple mempunyai pilihan aksesori yang lebih banyak jika dibandingkan dengan peranti Android. Ini adalah kerana variasi rekaan yang kecil memudahkan aksesori dihasilkan oleh pelbagai pihak. Ini mengakibatkan terdapat juga aksesori tambahan yang kurang masuk akal seperti Selfie Brush yang kami paparkan sebelum ini. Kini sebuah lagi aksesori gila boleh dimiliki oleh pemilik iPhone dan ia diberi nama GTool Panel Press. GTool boleh mengembalikan bentuk iPhone 6 Plus yang bengkok apabila diletakkan di dalam poket skinny jeans anda. Walaupun Apple dilaporkan akan menggantikan kesemua iPhone 6 Plus yang bengkok secara percuma, proses ini akan memakan masa dan harus mematuhi ciri-ciri yang ditetapkan mereka. GTool direka untuk mereka yang tidak mahu menanti peranti diganti dan merasakan membaikinya sendiri lebih memandai. Harga alat nyahbengkok iPhone 6 ini ialah 300 Dollar sebuah. Ianya juga boleh digunakan untuk menyahbengkok model iPhone lain dan telefon pintar yang juga mengalami masalah bengkok seperti Note 4.

Komen