Acer Malaysia Memulakan Pra-Tempahan Untuk Acer Predator X34 Gaming Monitor

Acer Malaysia Memulakan Pra-Tempahan Untuk Acer Predator X34 Gaming Monitor

Diterbitkan pada November 27, 2015 oleh .

Predator merupakan jenama dibawah Acer yang memfokuskan kepada permainan. Terdapat beberapa peranti berbeza ditawarkan dibawahnya, dan salah satunya adalah monitor untuk gaming. Terkini, Acer Malaysia telah memulakan pra-tempahan pada laman jualan rasmi mereka untuk monitor permainan mereka, iaitu Acer Predator X34 Gaming Monitor.

Acer Predator X34

Acer Predator X34 hadir dengan rekaan melengkung, menawarkan skrin 34-inci dengan paparan QHD (3440×1440 pixel), dan turut dilengkapi dengan sokongan NVIDIA G-Sync. Acer mengatakan pengguna boleh menetapkan overclock paparan pada kadar 100Hz.

Monitor ini turut hadir dengan sokongan audio DTS, serta pencahayan pada bahagian bawah. Monitor ini hadir dengan sokongan ruangan HDMI, USB 3.0 dan juga Display Port. Acer Malaysia menawarkan sokongan jaminan sehingga 3 tahun.

Di Malaysia, ia boleh ditempah hari ini pada harga RM4488 (harga jualan asal RM4599). Acer akan menjualnya bermula 15 Disember 2015 kelak. Disamping hanya monitor, pengguna turut boleh menambah RM100 untuk menerima tetikus dan papan kekunci Razer secara percuma.

Pra-Tempah : Acer Predator X34 Gaming Monitor


TIPS & ULASAN