Cari @ Amanz

Xiaomi Mi Pad 2 dilancarkan secara rasmi minggu lalu dengan pilihan sistem operasi Android ataupun Windows 10. Peranti dengan skrin 7.8″ ini diperkasakan oleh pemproses Intel Atom dan RAM sebesar 2 Gigabyte. Agak menakjubkan sungguhpun mempunyai spesifikasi yang rendah, tablet Windows 10 ini masih mampu digunakan untuk memainkan Conter Strike dan League of Legends. Video kedua-dua permainan ini dijalankan dengan agak lancar ini dimuat naik pada laman Weibo. Tetikus dan papan kekunci digunakan bagi mengubahkan menjadi sebuah komputer desktop biasa. Tetapan grafik mungkin tidak berapa tinggi untuk mendapatkan kelancaran seperti di dalam video ini. Namun sekiranya mahu sebuah komputer kompak mudah alih untuk permainan komputer nampaknya Mi Pad 2 mampu melakukannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd