Mozilla Foundation nampaknya ingin lebih memfokuskan kepada pembangunan jenama dan produk Firefox mereka, dan kini melalui memo dalaman yang dikongsikan pengerusinya, mereka merancang untuk mengasingkan Thunderbird daripada Mozilla.

Mozilla ThunderbirdBeliau mengatakan Thunderbird akan maju kehadapan dengan mengasingkan dirinya daripada terus bergantung kepada sistem pembangunan Mozilla, atau bergantung kepada teknologi Mozilla.

Ia dikatakan permintaan untuk Thunderbird dan Firefox membuatkan ia saling bergantung antara satu sama lain – sekaligus menjadikan pembangunannya terbatas memandangkan pembangun untuk setiap perisian berkenaan perlu memastikan ia menggunakan teknologi yang lebih kurang sama dan mengadaptasi teknologi semasa Mozilla.

Buat masa ini, ia masih kurang pasti lagi sama ada pihak Mozilla kana mengeluarkan Thunderbird sepenuhnya daripada produk mereka dan menjadikan ia dibangunkan dibawah komuniti terbuka – ataupun lebih kepada kerjasama dengan syarikat lain untuk membangunkannya.

Mozilla sendiri telah mengurangkan fokus mereka terhadap Thunderbird sejak tahun 2012 yang lepas, sementara Firefox kini memperkenalkan versi baru hampir 6 minggu sekali – dan menyertakan pelbagai fungsi baru dari hari ke hari.

TIPS & ULASAN