GrabTaxi, Didi Kuaidi, Lyft Dan Ola Bekerjasama Untuk Bersaing Dengan Uber

GrabTaxi, Didi Kuaidi, Lyft Dan Ola Bekerjasama Untuk Bersaing Dengan Uber

Diterbitkan pada Dis 4, 2015 oleh .

Arena tempahan pemanduan seperti GrabTaxi merupakan salah satu arena yang turut disertai oleh pelbagai syarikat lain di beberapa buah negara lain, termasuk Uber yang beroperasi hampir di kebanyakkan negara. Kini, dalam usaha untuk bersaing dengan Uber, beberapa syarikat dari negara berlainan bersatu tenaga dalam penggunaan teknologi dan perkhidmatannya.

Syarikat yang terlibat adalah termasuk GrabTaxi dari Asia Tenggara, Didi Kuaidi dari China, Lyft dari Amerika Syarikat dan juga Ola dari India.

Melalui kerjasama ini, ia sekaligus membolehkan para pelanggan setiap perkhidmatan berkenaan turut kekal membuat tempahan kenderaan ketika ke negara lain. Sebagai contoh, jika anda menggunakan GrabTaxi di Malaysia, dan melancong ke India, maka anda masih kekal dapat membuat tempahan kenderaan daripada Ola – tanpa perlu memasang aplikasi khusus, atau merisaukan mengenai penggunaan bahasa.

Berita mengenai hal ini telah diura-ura akan sebelum ini, apatah lagi dengan ke semua syarikat yang terlibat ini mempunyai pegangan dan pelaburan daripada Softbank.

Dengan pengumuman kerjasama ini, kita mungkin akan dapat melihat persaingan yang lebih baik antara penyedia perkhidmatan pengangkutan ini – serta memberikan lebih persaingan kepada Uber.


TIPS & ULASAN