Cari @ Amanz

VerilyGoogle sebelum ini telah mengumumkan penstrukturan semula syarikat mereka, dimana akan beroperasi dibawah Alphabet – dimana setiap bahagian akan dinaik-taraf dan beroperasi sebagai syarikat atau entiti berasingan – sekaligus memudahkan dan menjadikan proses syarikat berkenaan membuat keputusan dan berevolusi lebih pantas.

Terkini, salah satu daripadanya, iaitu bahagian Google Life Science yang mana sebelum ini telah dimulakan sebagai sebahagian daripada Google X, dan memfokuskan lebih kepada arena kesihatan dan kajian berkaitan manusia. Sebelum ini mereka telah mengumumkan kanta lekap pintar yang boleh memantau kadar glokosa, selain turut memperluaskan kajian mereka kepada beberapa perkara.

Google Life Science kini akan dikenali sebagai Verily, dan memfokuskan kepada kajian berkaitan kesihatan – termasuk untuk mengatasi masalah kesihatan, mengenal-pasti perkara baru, dan menambah-baik kadar kesihatan manusia seluruh dunia.

Dengan beroperasi secara berasingan ini, kita mungkin akan dapat melihat ia berkembang dengan lebih pantas, dan mungkin beberapa kajian mereka diumumkan kepada umum tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd