Kerangka berbateri rasmi untuk iPhone, iPhone 6S Smart Battery Case mula dijual oleh Apple minggu ini. Kerangka ini mempunyai bateri terbina bersaizĀ mampu memanjangkan hayat pengguna iPhone 6S sehingga 25 jam dengan sekali caj. Rekaan kerangka ini menerima banyak kritikan dan menjadi bahan ketawa internet sejak dilancarkan kerana kelihatan seperti bonggol unta. Kritikan juga diberikan kerana ia mempunyai kapasiti bateri yang lebih kecil berbanding beberapa kerangka berbateri yang dihasilkan oleh syarikat lain seperti Mophie serta harga jualan yang lebih mahal.
Tim Cook hari ini mempertahankan rekaan bonggol unta yang digunakan. Menurut beliau rekaan aneh ini dipilih bagi memudahkan proses mengeluar dan memasukkan iPhone dari kerangka ini. Pengguna hanya perlu membengkokkan kerangka ke belakang untuk melakukan kedua-dua proses ini. Kerangka keluaran pihak ketiga memerlukan pengguna menanggalkan kerangka kepada dua bahagian dan ini pada hemat beliau tidak semudah rekaan yang digunakan Apple. Kepada pemilik iPhone 6S dan 6S Plus, adakah alasan yang diberikan oleh Tim Cook ini diterima oleh anda?