Asus Zenfone Zoom ZX551ML Akhirnya Dilancarkan – Kamera Dengan Zoom Optikal 3X

Asus Zenfone Zoom ZX551ML Akhirnya Dilancarkan – Kamera Dengan Zoom Optikal 3X

Diterbitkan pada Dis 16, 2015 oleh .

Asus Zenfone Zoom ZX551ML diperlihatkan kepada orang ramai bersama dengan Zenfone 2 Januari yang lalu. Namun ia hanya dilancarkan secara rasmi di Taiwan semalam dengan rekaan yang lebih premium berbanding apa yang diperlihatkan sebelum ini. Peranti ini mempunyai kamera 13 Megapixel dengan fungsi zoom optikal sebanyak 3X dan juga sokongan OIS serta pemfokusan laser. Kemasan sisi diperbuat daripada logam manakala panel belakang pula kelihatan seperti bahan kulit. Dari segi spesifikasi ia setanding dengan sebuah Zenfone 2 ZE551ML iaitu skrin 5.5″ IPS LCD FHD, pemproses Intel Atom Z3580, RAM sebesar 4 Gigabyte dan pilihan muatan dalaman 64/128 Gigabyte. Sokongan kad MikroSD adalah sehingga 128 Gigabyte. Akhir sekali bateri sebesar 3000 mAh digunakan dengan sokongan pengecasan pantas. Sedikit mengecewakan Asus Zenfone Zoom masih menggunakan Android 5.0.

Asus-Zenfone-Zoom-White

Harga jualan untuk versi 64 Gigabyte di Taiwan ialah $430 (~RM 1854) manakala versi 128 Gigabyte pula ialah $490 (~RM 2113) sebuah. Asus masih belum mengumumkan sama ada peranti ini akan dijual di luar pasaran Taiwan. Namun begitu besar kemungkinan ia akan hadir di pasaran Malaysia dalam masa terdekat. Adakah anda masih berminat dengan peranti ini walaupun dilancarkan hampir setahun selepas diperlihatkan?

Asus-Zenfone-Zoom-White 2


TIPS & ULASAN