Nama Snapdragon 618 dan 620 Diubah- Kini Dikenali Sebagai Snapdragon 650 dan 652

Nama Snapdragon 618 dan 620 Diubah- Kini Dikenali Sebagai Snapdragon 650 dan 652

Diterbitkan pada Dis 17, 2015 oleh .

Februari lalu cip pemproses Snapdragon 618 dan 620 diumumkan oleh Qualcomm. Hari ini nama rasmi dua cip kelas sederhana tinggi ini diubah kepada Snapdragon 650 dan 652. Penamaan semula ini dilakukan bagi menunjukkan perbezaan kemampuan memproses yang lebih tinggi berbanding cip kelas pertengahan Snapdragon 615, 616 dan 617. Snapdragon 650 ialah pemproses enam teras dengan kelajuan 1.8 GHz, GPU Adreno 510 dan sokongan rakaman video pada resolusi 4K. Ia juga menyokong sistem pengecasan pantas Quickcharge 3.0.

Snapodragon 650 652

Snapdragon 652 pula ialah pemproses lapan teras dengan kelajuan sehingga 1.8 GHz, GPU Adreno 510  dan menyokong rakaman video pada resolusi 4K. Aneh sekali hanya Quickcharge 2.0 disokong pada pemproses yang lebih berkuasa daripada Snapdragon 650 ini. Sebagai perbandingan, Snapdragon 615 ialah pemproses lapan teras dengan kelajuan sehingga 1.7 GHz, GPU Adreno 405 dan sokongan rakaman video pada resolusi 1080P sahaja. Dengan penjenamaan semula ini Qualcomm berharap pelanggan dan juga pengguna akan lebih menyedari perbezaan kuasa memproses dua cip mereka ini.

 


TIPS & ULASAN