Google Membolehkan Anda Untuk Mencetak Doodle Sebagai Kraf Kertas Dan Menghiasi Rumah

Google Membolehkan Anda Untuk Mencetak Doodle Sebagai Kraf Kertas Dan Menghiasi Rumah

Diterbitkan pada Dis 25, 2015 oleh .

Google sering hadir dengan lakaran dan grafik doodle yang cantik dan berbeza-beza untuk setiap musim percutian atau perayaan. Untuk musim cuti 2015 ini pula, pihak Google hadir dengan konsep doodle berasaskan kraf kertas, membolehkan pengguna mencetak dan menggunakannya dalam menghiasi rumah mereka.

Doodle Kraf Kertas

Doodle untuk kali ini daripada Google mengambil konsep kampung percutian, dimana beberapa variasi rumah disediakan, yang boleh dicetak pengguna, kemudian dipotong dan dilipat menjadi hiasan.

Bagi anda yang berminat dengan seni kraf kertas ini, anda boleh mendapatkan fail asal grafik berkenaan, mencetaknya dan mengikut langkah ringkas disediakan untuk menjadikannya sebuah kraf tersendiri.

Doodle Kraf Kertas

Muat-Turun Google Doodle Holiday 2015


TIPS & ULASAN