Masalah Snapdragon 810 Berterusan : Pengguna Sony Xperia Z4 Turut Melaporkan Masalah Kepanasan

Masalah Snapdragon 810 Berterusan : Pengguna Sony Xperia Z4 Turut Melaporkan Masalah Kepanasan

Diterbitkan pada June 11, 2015 oleh .

Masalah pemanasan melampau pemproses Qualcomm Snapdragon 810 terus menghantui peranti yang menggunakannya. Laporan terkini menunjukkan pemilik Xperia Z4 yang menggunakan pemproses ini juga mempunyai masalah yang dialami oleh HTC One M9 dan Xioami Mi Note Pro. Kewujudan masalah ini adalah menghampakan kerana Z4 dilaporkan menggunakan versi terbaru Snapdragon 810 yang sepatutnya menyelesaikan masalah ini. Suhu peranti dikatakan meningkat sehingga 64 darjah Celsius bagi beberapa pengguna. Peranti kemudian memberikan amaran suhu tinggi dan mengesyorkan pengguna supaya mematikannya seketika.

Xperia-Z3+-4

Pihak Sony masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengakui kewujudan masalah ini. Pihak HTC dilaporkan terpaksa melakukan kemas kini perisian yang mengurangkan kelajuan pemproses bagi mengurangkan suhu peranti. Berita ini semakin memburukkan reputasi Snapdragon 810 yang sudah mengundang masalah sejak dari hari pertama. Microsoft Lumia 940XL dan Motorola Moto X terkini juga dilaporkan akan menggunakan pemproses ini. Jika masalah ini tidak diselesaikan segera ada kemungkinan pemproses lain akan menggantikan pemproses Qualcomm ini.

Sebagai peminat tegar peranti Sony Xperia, masalah ini tidak mahu kami dengari. Diharap ianya dapat diselesaikan sebelum Xperia Z3+ (model antarabangsa untuk Z4) memasuki pasaran dunia.


TIPS & ULASAN