ZUK Memperlihatkan Telefon Pintar Dengan Rekaan Skrin Lutsinar

ZUK Memperlihatkan Telefon Pintar Dengan Rekaan Skrin Lutsinar

Diterbitkan pada Ogos 15, 2015 oleh .

ZUK merupakan salah satu syarikat pengelua peranti yang mempunyai sokongan daripada pihak Lenovo. Pada minggu lepas, mereka telah memperkenalkan ZUK Z1 yang hadir dengan beberapa ciri-ciri premium pada harga yang rendah berbanding pengeluar lain. Selain daripada ZUK Z1, mereka juga turut mempertontonkan sebuah peranti prototaip dengan rekaan lustinar kepada umum.

ZUK Lutsinar

ZUK Lutsinar

Peranti prototaip ini membawakan rekaan bingkai yang nipis, selain membawakan skrin lustinar.

Ia dikatakan telefon lutsinar ini boleh melakukan pelbagai perkara seperti telefon lain, termasuk membuat panggilan, mendengar lagu, melihat gambar dan sebagainya.

Seperti biasa, ini hanya sekadar peranti prototaip sahaja, dan tidak pasti lagi bilakah peranti seumpamanya akan dikeluarkan dan dipasarkan secara meluas.

ZUK Lutsinar

ZUK Lutsinar

ZUK Lutsinar


TIPS & ULASAN