Carian
Google Malaysia Hadir Dengan Doodle Khas Bersempena Hari Kemerdekaan 2015
August 31, 2015 Aman

Bersempena dengan 31 Ogos 2015, pelbagai jenama yang mempunyai promosi khusus, serta cara menyambutnya yang tersendiri. Google Malaysia, seperti biasa tidak ketinggalan dan menyediakan doodle khusus bersempena dengannya.

Google Merdeka 2015

Melalui doodle untuk Hari Kemerdekaan 2015 ini, Google mengabungkan penggunaan elemen jalur gemilang, penggunaan bulan dan bintang, selain penggunaan lakaran teh tarik – dimana secara menyeluruh memberikan gambaran penyatupaduan antara semua rakyat di Malaysia.

Pada tahun lepas, Google turut menyediakan doodle khusus bersempena dengan hari Kemerdekaan, dan tahun ini mereka meneruskan tradisi berkenaan. Ia tidak lagi diketahui sama ada mereka akan menyediakan doodle khas bersempena hari Malaysia kelak ataupun sebaliknya memandangkan tiada pertandingan yang dianjurkan seperti pada tahun lepas.

Komen