Cari @ Amanz

Disamping mengumumkan Xperia Z5 dan juga Xperia Z5 Compact, pihak Sony turut sama memperkenalkan Xperia Z5 Premium. Salah satu fokus utama yang diberikan perhatian oleh Sony pada Xperia Z5 Premium adalah skrin paparannya.

Sony Xperia Z5 Premium

Sony Xperia Z5 Premium menggunakan skrin 5.5-inci dengan resolusi 4K (3840×2160 pixel), membawakan paparan gambar yang jelas dan tajam. Dari kadar ketumpatan pixel, Xperia Z5 Premium membawakan pada kadar 806PPI, sekaligus membuatkan mereka yang gemarkan ketajaman paparan untuk mendapatkannya.

Xperia Z5 Premium menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 810 seperti Xperia Z5, ruangan storan sebsar 32GB yang boleh diperluaskan menggunakan kad mikro-SD, memori 3GB RAM dan bateri berkapasiti 3430mAh.

Sony Xperia Z5 Premium

Sony turut menekankan yang mana Xperia Z5 Premium menawarkan masa penggunaan bateri sehingga 2 hari – sama seperti Xperia Z5 dan juga Xperia Z5 Compact. Xperia Z5 Premium turut menyertakan pengimbas cap jari pada bahagian tepi, disamping membawakan sokongan kalis air.

Untuk rakaman gambar, seperti Xperia Z5, ia turut menyertkaan kamera belakang 23-megapixel F1/2.3 yang menawarkan rakaman gambar jelas dan terang pada pelbagai keadaan.

Sony Xperia Z5 Premium akan hadir dalam variasi dwi-SIM dan juga satu-SIM, serta bakal ditawarkan bermula bulan November 2015 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd