Motorola Moto 360 2015 Diperlihatkan – Hadir Dalam Versi Biasa Dan Sport

Motorola Moto 360 2015 Diperlihatkan – Hadir Dalam Versi Biasa Dan Sport

Diterbitkan pada Sep 3, 2015 oleh .

Pelancaran Moto 360 baru sudah dinantikan sejak berbulan lamanya. Beberapa gambar jam pintar ini sudah tertiris dan akhirnya ia dilancarkan semalam. Versi terkini hadir dalam dua saiz berbeza dan satu edisi tahan lasak untuk mereka yang gemar bersukan.

Moto 360 edisi biasa hadir dalam dua saiz iaitu 42 mm dan 46 mm. Edisi 43 mm mempunyai skrin bulat 1.37″  LCD (360×325 pixel), pemproses empat teras 1.2 GHz Snapdragon 400, RAM sebesar 512 MB dan muatan dalaman sebesar 4 Gigabyte. Bateri yang digunakan pula sebesar 300 mAh. Edisi 46 mm mempunyai spesifikasi serupa seperti di atas dengan perbezaan saiz skrin 1.56″ LCD (360×330 pixel) dan bateri lebih besar 400 mAh. Kedua-dua model mempunyai ketahanan IP 67. Kepada kaum wanita terdapat penyesuai untuk edisi 42 mm yang membolehkan penggunaan tali selebar 16 mm digunakan untuk membuatkannya kelihatan lebih feminin. Kedua-dua versi akan dijual penghujung bulan ini pada harga $299.99 (RM 1265) sebuah.

Motorola-Moto-360-2105-family

Moto 360 Sport pula adalah jam pintar dengan cangkerang luaran diperbuat daripada bahan silikon kalis peluh. Motorola masih belum mengumumkan spesifikasi penuh jam tahan edisi lasak ini kecuali ia mempunyai skrin AnyLight yang memudahkan paparan dilihat di bawah cahaya matahari yang terang.

Moto 360 tahun ini kelihatan lebih kecil berbanding tahun lalu tetapi sekali lagi skrin “tayar pancit” digunakan. Nampaknya teknologi untuk paparan bulat sepenuhnya masih belum digunakan oleh Motorola. Ini sedikit mengecewakan kerana Samsung Gear S2 yang turut diperlihatkan beberapa hari yang lalu mempunyai paparan bulat sepenuhnya.

Motorola-Moto-360-Sport Motorola-Moto-360-2015-2


TIPS & ULASAN