Paten Ini Membuktikan Smart Keyboard iPad Pro Tidak Meniru Type Cover Microsoft Surface

Paten Ini Membuktikan Smart Keyboard iPad Pro Tidak Meniru Type Cover Microsoft Surface

Diterbitkan pada Sep 12, 2015 oleh .

Apabila iPad Pro diumumkan minggu lalu ruangan komen laporan berita laman ini dipenuhi dengan tuduhan Smart Keyboard Apple meniru Type Cover Microsoft Surface. Memang dari segi rekaan ia mempunyai terlalu banyak persamaan dengan papan kekunci merangkap penutup skrin Surface. Tetapi sebenarnya Apple sudah lama diberikan paten untuk Smart Cover dengan papan kekunci terbina. Paten difailkan pada bulan Ogos 2011, hampir setahun sebelum Surface generasi pertama mula dijual.

Patent-Smart-Keyboard-ipad-Pro-3

Seperti yang anda boleh lihat dari ilustrasi paten di atas, rekaan Smart Keyboard memang mengikuti rekaan yang dipatenkan dengan satu perbezaan. Pada paten asal terdapat skrin Amoled terbina pada bahagian atas kekunci yang juga menyokong fungsi sesentuh. Di dalam paten yang sama terdapat juga variasi dengan panel solar terbina serta satu lagi skrin e-ink pada panel luar untuk memaparkan notifikasi ketika skrin iPad tertutup. Menarik sekali Microsoft baru sahaja memaparkan prototaip Display Cover yang mempunyai skrin sesentuh e-ink terbina dengan rekaan menyerupai paten Apple ini.

Siapa tiru siapa tidak pula diketahui. Apa yang kami fahami Apple dan Microsoft mempunyai persetujuan dua hala yang memudahkan perkongsian teknologi yang dimiliki mereka. Ini adalah sebahagian daripada persetujuan penyelesaian kes saman Apple terhadap Microsoft pada tahun 1994. Microsoft bersetuju membeli stok Apple bernilai $150 Juta dan membangunkan Office untuk Macintosh. Apple pula bersetuju menggunakan Explorer sebagai pelayar web pilihan. Jadi kemungkinan besar Microsoft yang sebenarnya menggunakan teknologi milik Apple untuk Type Cover dan bukanlah sebaliknya.

Patent-Smart-Keyboard-ipad-Pro-2

 


TIPS & ULASAN