Leagoo Leapow 1- Power Bank Yang Boleh Dicas Menggunakan Kabel Lightning

Leagoo Leapow 1- Power Bank Yang Boleh Dicas Menggunakan Kabel Lightning

Diterbitkan pada Sep 23, 2015 oleh .

Power bank ialah keperluan harian pengguna peranti pintar dunia kerana teknologi bateri tidak bergerak sepantas Hukum Moore’s. Walaupun peranti semakin berkuasa bateri yang digunakan peranti tidak pula semakin berganda. Malahan aneh sekali kini wujud trend menggunakan bateri dengan saiz lebih kecil berbanding model tahun lalu. Oleh itu power bank ialah penyambung nyawa apabila anda berjauhan dari palam kuasa.

Leagoo Leapow 20150923_150115

Leagoo memperlihatkan power bank Leapow 1 mereka hari pada majlis pelancaran Elite 1. Power bank ini mempunyai bateri sebesar 10000 mAh. Yang membuatkannya menarik ialah ia boleh dicas semula menggunakan kabel MikroUSB dan juga Lightning, Pengguna peranti Apple kini boleh mengecas power bank dengan pengecas peranti mereka. Selain port pengecasan Lightning, tahap simpanan bateri boleh dilihat dengan menepuk bahagian atasnya. Tiada butang disertakan pada tubuh power bank ini. Leagoo juga berkata keseluruhan tubuh Leapow diperbuat daripada bahan kalis api bagi mengelakkannya dari terbakar dengan mudah. Tarikh serta harga jualan masih belum diumumkan Leagoo. Teruskan membaca Amanz untuk mendapatkan maklumat terkini apabila kami mengetahuinya kelak.

Leagoo Leapow 20150923_150038


TIPS & ULASAN