Cari @ Amanz

Di kalangan pembaca Aman terdapat dua kumpulan yang sangat kuat asabiahnya terhadap sistem operasi peranti yang mereka gunakan. Dua kumpulan ini sering bertengkar dan mempercayai sistem operasi yang mereka gunakan adalah lebih baik. Sebagai seorang agnostik sistem operasi, kami hanya mampu ketawa apabila membaca komen yang mereka tinggalkan.

Moschino-Apple-iphone-1

Satu perkara yang tidak boleh disangkal ialah pilihan cangkerang telefon yang menarik lebih banyak pada peranti iPhone. Terkini jenama pakaian mewah Moschino menghasilkan cangkerang iPhone 6 berbentuk botol sabun pencuci tingkap. Setiap tahun Moschino akan menghasilkan satu cangkerang iPhone yang aneh untuk kegunaan pertunjukan fesyen mereka. Cangkerang terkini ini mungkin yang paling aneh dan terbesar pernah mereka hasilkan. Sungguhpun kelihatan tidak praktikal dan buruk, cangkerang yang dijual pada harga £55 (RM 367) ini sudah habis terjual. Ini membuktikan bahawa kadang kala jenama pada produk lebih penting daripada rekaan.

Moschino-Apple-iphone-2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd