13 Juta iPhone 6S dan 6S Plus Sudah Terjual Setakat Ini

13 Juta iPhone 6S dan 6S Plus Sudah Terjual Setakat Ini

Diterbitkan pada Sep 29, 2015 oleh .

Peranti Apple iPhone 6S dan 6S Plus mula dijual hari Jumaat yang lalu di beberapa negara terpilih. Peminat Apple di Malaysia tidak perlu menunggu lama kerana peranti terkini ini memasuki pasaran Malaysia pada 16 Oktober hadapan. Apple hari ini mengumumkan kedua-dua versi peranti dengan cip pemproses Apple A9 sudah terjual lebih daripada 13 Juta unit dalam masa hanya tiga hari. Ini sekaligus menjadikannya peranti iOS paling laris pernah mereka hasilkan.

iPhone 6S

Sebagai perbandingan tahun lalu 7 Juta iPhone 6 dan 6 Plus terjual dalam masa 9 hari. Blackberry pula hanya menjual jumlah yang sama dalam masa setahun. Ini adalah angka jualan yang amat menakjubkan. Apabila penjualannya bermula di Malaysia diharap tidak ada pengguna yang akan melaporkan masalah kepanasan melampau seperti yang dilaporkan oleh beberapa pengguna di luar negara.

 


TIPS & ULASAN