Masalah Kepanasan Melampau Dilaporkan Pada Sesetengah iPhone 6S Plus

Masalah Kepanasan Melampau Dilaporkan Pada Sesetengah iPhone 6S Plus

Diterbitkan pada Sep 28, 2015 oleh .

Masalah kepanasan melampau pada peranti ialah masalah yang sebelum ini melanda peranti yang menggunakan pemproses Snapdragon 810. Masalah pada cip ini menyebabkan aplikasi kamera berhenti berfungsi pada Sony Xperia Z4 serta Xiaomi Mi Note Pro. Nampaknya masalah ini muncul pula pada peranti iPhone 6S. Beberapa pengguna melaporkan mereka mengalami masalah ini di dalam forum Reddit.

iPhone 6S

Pengguna melaporkan iPhone 6S Plus beliau memaparkan amaran flash kamera tidak boleh digunakan sehingga suhu peranti turun. Masalah ini juga disedari pengguna ketika memuat turun lagu dari iTunes dan melakukan kemas kini aplikasi. Setakat ini masalah ini hanya dilaporkan oleh sebilangan kecil pengguna dan belum lagi mengakibatkan masalah serius. Tetapi ini mungkin tidak mengejutkan kerana pemproses Apple A9 yang digunakan adalah lebih berkuasa dari pemproses Exynos 7420 yang digunakan pada Samsung Galaxy S6. Diharap masalah ini dapat diselesaikan oleh Apple dengan segera sebelum peranti ini mula dijual di Malaysia yang memang sudah sedia panas.

iphone 6s panas

 


TIPS & ULASAN