Nokia 1100 Secara Rasmi Adalah Telefon Mudah Alih Paling Laku Di Dunia

Nokia 1100 Secara Rasmi Adalah Telefon Mudah Alih Paling Laku Di Dunia

Diterbitkan pada Okt 5, 2015 oleh .

Apple dengan bangganya mengumumkan 13 juta peranti iPhone 6S dan 6S Plus terjual dalam masa hanya tiga hari. Sambutan terhadap peranti Cupertino terkini ini memang dijangka kerana ia memperkenalkan fungsi 3D touch serta RAM yang lebih besar berbanding model tahun lalu yang terjual lebih dari 60 juta unit. Tetapi telefon mudah alih yang paling laku dalam sejarah dunia bukanlah sebuah iPhone. Telefon yang memegang gelaran ini sebenarnya ialah Nokia 1100. Sejak diperkenalkan pada tahun 2003, 250 juta Nokia 1100 telah terjual. Ia juga merupakan telefon mudah alih ke 1 Billion yang dijual oleh Nokia pada tahun 2005.

Nokia-1100

Telefon “tidak pintar ” ini sudah dihentikan pengeluarannya sejak 2009 tetapi kini masih popular terutamanya di kalangan penggodam. Perisian 1100 boleh diubah suai bagi membolehkan ia memintas panggilan ataupun mesej pesanan ringkas peranti lain. Data yang dicuri kemudian boleh digunakan untuk kegiatan yang melanggar undang-undang. Terdapat laporan sebuah Nokia 1100 dengan perisian yang sudah diubahsuai dijual pada harga mencecah €20000 (RM 98800) di pasaran gelap. Ini adalah amat menakjubkan kerana harga asalnya adalah sekitar $100 sebuah. Jadi jika anda mempunyai kepakaran mengubahsuai perisian peranti dan memiliki Nokia 1100, anda boleh menjadi kaya serta merta dengan hanya menjual sebuah peranti kuno ketinggalan zaman.


Ini Adalah Nokia 3310 (2017). Apa Kata Anda?

Bapa segala peranti. Peranti yang agi idup agi ngelaban. Ini ialah yang sering didengari mengenai peranti Nokia 3310. Versi terkini peranti ini akhirnya dilancarkan secara rasmi di MWC hari ini. Seperti ura-ura yang didengari sebelum ini, Nokia 3310 2017 bukanlah sebuah peranti pintar. Sebaliknya ianya sebuah telefon mudah alih biasa. Oleh sebab itu ia mempunyai […]


Kemaskini Nokia 3310 Akan Mengekalkan Rekaan Klasik Tetapi Dengan Skrin Berwarna Lebih Besar

“Peranti yang tidak akan mati” Nokia 3310 sudahpun mendapat tempat di dalam senarai peranti yang paling terkenal di dunia. Rekaannya yang tahan lasak mencapai tahap legenda di kalangan pemilik peranti mudah alih. Peranti ini akan dikemaskini oleh HMDGlobal dan maklumat mengenainya tertiris. Nokia 3310 edisi baru bukanlah sebuah peranti pintar tetapi sebuah telefon mudah alih […]


BlackBerry Memfailkan Saman Pelanggaran Paten Terhadap Nokia

BlackBerry kini telah memfailkan saman terhadap Nokia kerana pelanggaran paten, dan meminta royalti daripada Nokia untuk penggunaan piawaian teknologi yang dibangunkan oleh BlackBerry berkenaan. BlackBerry pada pemfailan mereka mengatakan produk Nokia terutamanya produk rangkaian menggunakan teknologi yang diliputi oleh 11 paten yang dimiliki oleh BlackBerry. BlackBerry turut mengatakan produk dan perkhidmatan yang dibangunkan Nokia menggunakan […]


Nokia 3 Dan 5 Dijangka Dilancarkan Pada MWC 2017 – Termasuk Kemaskini Untuk Nokia 3310

HMD Global, syarikat yang kini mempunyai hak eksklusif untuk pengeluaran dan pemasaran telefon dibawah jenama Nokia dijangka akan memperkenalkan beberapa peranti baru pada MWC 2017 yang akan diadakan pada penghujung bulan ini. Selain daripada Nokia 6 yang sedia diumumkan untuk pasaran China, mereka dijangka memperkenalkan dua lagi telefon pintar baru – iaitu Nokia 3 dan […]


Set Tidak Rasmi Nokia 6 Dengan Cip Snapdragon 430 Hadir Ke Malaysia Pada Harga Mencapai RM1899

HMD Global sebelum ini telah pun mendapatkan hak penggunaan jenama Nokia pada peranti mudah-alih keluaran mereka, dan pada tahun ini telah hadir dengan Nokia 6 – telefon pintar Android pertama daripada HMD Global. Nokia 6 ketika pengenalan telah diumumkan yang mana ia terhad untuk pasaran China sahaja, dan masih tiada perancangan untuk pasaran global.


Nokia Memperkenalkan Pembantu Digital Dinamakan MIKA – Khusus Untuk Jurutera Telekomunikasi

Dengan persaingan sengit dalam arena pembantu maya digital, pihak Nokia nampaknya tidak ingin ketinggalan. Tetapi, berbeza dengan penawaran daripada pelbagai syarikat, Nokia dilihat lebih memfokuskan perusahaan dengan memperkenalkan pembantu digital dinamakan MIKA khusus untuk jurutera telekomunikasi.


Nokia 150 Dengan Bateri Bertahan Sehingga Hampir Sebulan Kini Di Malaysia – Berharga RM159

HMD Global telah sedia melesenkan jenama Nokia untuk penggunaan pada telefon bimbit dan pintar, dan telah memperkenalkan Nokia 150 dan Nokia 6 sebelum ini. Kini, peranti pertama mereka, iaitu Nokia 150 telah pun memasuki pasaran tempatan dan sudah boleh didapati daripada para pengedar tempatan seluruh negara.


Qualcomm Menyangkal Dakwaan Peranti Di Reruai CES Mereka Ialah Nokia 8

Semalam beberapa laman teknologi melaporkan rekaan untuk peranti Nokia 8 tertiris. Mereka mendakwa peranti demo yang digunakan pada reruai Qualcomm di CES ialah Nokia 8. Peranti tersebut menunjukkan kemampuan sistem EIS cip Snapdragon 835. Berdasarkan rekaan lensa kamera, ia mempunyai rekaan seakan Nokia Lumia 1020 sekaligus menimbulkan spekulasi ia peranti kelas tinggi yang bakal dilancarkan Nokia kelak.


Nokia Memperlihatkan Pengumuman Peranti Baru Pada 26 Februari Kelak

Nokia telah memulakan tahun 2017 ini dengan pengenalan telefon pintar berasaskan Android terbaru, dipanggil sebagai Nokia 6. Walaubagaimanapun, ia hanya terhad untuk pasaran China sahaja buat masa ini, dan hadir dengan Android 7.0, sokongan audio Dolby Atmos, dan menggunakan cip Snapdragon 430.


Nokia Mungkin Sedang Membangunkan Pembantu Maya Pintar Tersendiri

Pada hari ini, pembantu maya pintar telah menjadi salah satu perkara yang menjadi tumpuan ramai syarikat teknologi – termasuk Google dengan Assistant, Microsoft dengan Cortana, Apple dengan Siri, Samsung dengan Viv, dan sebagainya. Kini, Nokia dilihat sedang membangunkan pembantu maya pintar mereka tersendiri, dan telah mendaftarkan tanda dagang baru-baru ini.


Nokia 6 – Telefon Pintar Nokia Dengan Android Nougat Dan Cip Snapdragon 430

HMD Global sedia mendapatkan hak untuk penggunaan jenama Nokia untuk pengeluaran peranti mudah-alih, dan hari ini, mereka secara rasminya memperkenalkan telefon pintar pertama daripada mereka dibawah jenama Nokia, iaitu Nokia 6.


Nokia Menyaman Apple Atas Pelanggaran Paten

Kes saman-menyaman disebabkan oleh paten bukan sesuatu yang baru. Terkini, Nokia menyaman Apple, mengatakan pengeluar iPhone berkenaan telah melanggar beberapa paten milik Apple. Nokia mengatakan Apple tidak melesenkan paten yang telah dipersetujui kedua-dua pihak untuk dilesenkan pada 2011, yang mana kini telah tamat.


Nokia 150 Hadir Dengan Masa Bertahan Bateri Mencapai Sebulan

Nokia sebelum ini telah melesenkan jenama mereka untuk digunakan pada telefon kepada HMD Global. Seperti ramai sedia maklum, peranti Android berjenama Nokia dijangka hadir pada tahun 2017, dan sementara itu, kini HMD Global telah memperkenalkan sebuah peranti berupa telefon bimbit baru, Nokia 150.


Rasmi : Telefon Pintar Nokia Akan Kembali Pada 2017 Menggunakan Sistem Operasi Android

Nokia sebelum ini telah mengumumkan perancangan mereka untuk kembali ke arena telefon pintar dengan melesenkan kepada HMD Global. Lanjutan daripada pengumuman berkenaan, hari ini Nokia telah pun menambah sebuah halaman khusus pada web rasmi mereka, iaitu halaman mengenai telefon pintar.


Kita Mungkin Dapat Melihat Kembali Telefon Berjenama Nokia Pada 2017

Nokia sebelum ini telah menjual bahagian peranti mereka kepada Microsoft, dan dibawah perjanjian tersebut, Nokia tidak boleh mengeluarkan peranti mereka sendiri sehingga penghujung 2016 kelak. Dengan pengakhiran tempoh berkenaan, kini ramai yang menantikan telefon keluaran Nokia kembali di pasaran.


Nokia VS iPhone – Peranti Manakah Yang Lebih Tahan Lasak?

Legenda urban mengatakan peranti Nokia seperti 3310 adalah kalis maut. Ia boleh “didera” oleh pengguna tetapi hanya akan mengalami kerosakan yang kecil. Sejauh manakah kebenaran cerita yang kerap didengari ini. Video di bawah menunjukkan tiga buah peranti Nokia bertarung dengan tiga buah iPhone di dalam tiga ujian ketahanan. Ujian rendaman air, hentakan dan digilis kereta dilakukan. Tonton video untuk mengetahui peranti manakah yang menjadi juara tahan lasak.


Nokia 216 Dual Akan Hadir Ke Malaysia Pada 21 Oktober – Berharga RM169

Microsoft Memperkenalkan Nokia 216 Untuk Pasaran Negara Membangun

Walaupun telefon pintar kini meliputi sejumlah besar pasaran peranti mudah-alih, namun permintaan untuk telefon bimbit masih ada – apatah lagi sebagai telefon kedua ataupun untuk pasaran negara-negara membangun.


Nokia Akan Melancarkan Empat Peranti Android Pada Penghujung Tahun Ini

Arnold Schwarzenegger pernah berkata “aku akan kembali” di dalam Terminator. Di dalam dunia peranti mudah alih Nokia mungkin boleh disamakan dengan pelakon aksi paling popular 90an ini. Setelah beberapa ura-ura didengari tentang kembalinya Nokia ke dalam arena peranti mudah alin, akhirnya pengesahan dilakukan semalam. Mike Wang, presiden pasukan pengurusan bersama Nokia di China dipetik berkata tiga atau empat peranti Android akan dilancarkan pada penghujung 2016.


WhatsApp Untuk Symbian Akan Berhenti Beroperasi Pada 31 Disember 2016

Symbian ialah platform peranti pintar pertama yang kami gunakan. Ia menjadi pertaruhan Nokia untuk melawan kebangkitan iOS dan Android. Sistem operasi peranti mudah alih yang dahulunya paling popular ini kini semakin dilupakan. Pada Februari lalu WhatsApp mengumumkan mereka akan menamatkan sokongan untuk platform ini pada penghujung tahun. Kini tarikh sebenar bila sokongan akan dihentikan diketahui.

TIPS & ULASAN