Cari @ Amanz

SonyXperia-Marshmallow

Kemas kini Android 6.0 Mashmallow mula diterima peranti Nexus sejak pagi ini. Kemas kini ini membawakan pelbagai fungsi baru yang menarik seperti Google Now On Tap. HTC sudahpun menyenaraikan peranti yang akan menerima sistem operasi terkini ini. Hari ini tiba giliran Sony pula untuk mengeluarkan senarai peranti yang akan menerima Marshmallow. Peranti-peranti ini adalah;

  1. Xperia Z5
  2. Xperia Z5 Compact
  3. Xperia Z5 Premium
  4. Xperia Z4 Tablet
  5. Xperia Z3+
  6. Xperia Z3
  7. Xperia Z3 Compact
  8. Xperia Z3 Tablet Compact
  9. Xperia Z2
  10. Xperia Z2 Tablet
  11. Xperia M5
  12. Xperia C5 Ultra
  13. Xperia M4 Aqua
  14. Xperia C4

Pihak Sony tidak pula menyatakan bilakah kemas kini akan diterima oleh peranti-peranti di atas. Malang sekali buat pengguna Xperia Z1, Z1 Compact, T2 Ultra dan Z Ultra. Peranti anda yang baru berusia lebih kurang dua tahun tidak akan lagi disokong. Sebagai pengguna Z Ultra ini adalah mengecewakan tetapi telahpun dijangka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd