Kerajaan Pulau Pinang telah menawarkan akses internet percuma melalui inisiatif Penang Free WiFi sebelum ini. Kini, dengan perkembangan teknologi dan arena internet, kerajaan Pulau Pinang dilihat turut akan menaik-taraf penawaran internet kepada penduduk dan pengunjung Pulau Pinang bermula hari Rabu ini.
Penang Free WiFi yang ditawarkan secara percuma ini akan dinaik-taraf kepada kelajuan 3Mbps di sekitar 50 hotspot di negeri tersebut.
Penang Free WiFi ditawarkan di lebih kurang 1560 hotspot buat masa ini, dimana ia menawarkan purata kelajuan antara 512kbps ke 1Mbps sebelum ini.
Penang Free WiFi telah dilancarkan pada 2009 yang lepas, dimana ia ditawarkan di lokasi awam, dan sehingga kini telah mempunyai lebih 600,000 pengguna berdaftar menggunakannya.