Cari @ Amanz

Pada Tokyo Motor Show, beberapa projek dan idea berkaitan robotik diperlihatkan. Selain daripada Yamaha dengan robot dinamakan Motobot, pihak Toyota turut tidak ketinggalan dan memperlihatkan Kirobo Mini.

Toyota Kirobo Mini

Toyota tidak lama sebelum ini telah memperkenalkan robot angkasawan yang dipanggil sebagai Kirobo, membawakan kepintaran untuk mengenal-pasti percakapan, berbual dengan pengguna, mengecam wajah, serta membuat rakaman video. Ia lebih memfokuskan kepada interaksi antara manusia, dan membantu angkasawan dalam menjalankan tugasan di angkasa.

Terkini, pada Tokyo Motor Show, pihak Toyota memperlihatkan variasi bersaiz kecil untuk robot berkenaan, dinamakan sebagai Kirobo Mini.

Toyota Kirobo Mini

Menurut Toyota, Kirobo Mini ini boleh berinteraksi dengan pengguna, selain turut memberikan gesture, dan memberikan respon berdasarkan kepada emosi anda.

Toyota mengatakan Kirobo Mini ini mungkin boleh membantu pengguna ketika memandu dengan mengenal-pasti kelakukan dan emosi ketika memandu. Ia juga turut boleh diperluaskan dengan integrasi maklumat seperti arah perjalanan, memberikan cadangan lokasi untuk disinggah, mengawal muzik dan sebagainya.

Seperti biasa, ia hanya diperlihatkan pada Tokyo Motor Show sahaja buat masa ini, dan mungkin kita boleh mendengar lanjut mengenainya pada masa akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd