Cari @ Amanz

Huawei Mate 8Huawei telah sedia memperkenalkan telefon pintar Huawei Mate S sebelum ini, tetapi kini turut dilihat bakal memperkenalkan satu lagi variasi peranti dibawah keluarga Mate, iaitu Huawei Mate 8. Melalui teaser yang dikeluarkan Huawei, ia dilihat mereka mungkin mengumumkannya pada 26 November kelak.

Mengikut spekulasi sebelum ini, Huawei Mate 8 dijangka akan menggunakan cip pemprosesan Kirin 950 – cip pemprosesan yang lebih terkini dan berkuasa daripada Huawei.

Dengan pelbagai peranti dengan rekaan premium daripada Huawei, mungkin kita akan dapat melihat sesuatu yang baru daripada Huawei, jika benar mereka ingin mengumumkan Mate 8 ini. Beberapa desas-desus mengatakan ia akan turut mengekalkan penggunaan binaan berasaskan logam padanya kelak.

Disamping Huawei Mate 8, pihak Huawei juga turut dijadualkan untuk memperkenalkan cip pemprosesan Kirin baru pada 5 November ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd