Cari @ Amanz

Jepun ialah negara yang terkenal dengan ciptaan inovatif dan juga aneh. Mereka bertanggungjawab mencipta Walkman, kayu selfie, kereta api berkelajuan tinggi dan mesin layan diri dengan kemampuan selfie. Kini mereka juga berjaya mencari jalan mudah untuk menyelesaikan masalah Apple MacBook Pro yang mengalami masalah kepanasan. Teknik yang digunakan ialah menggunakan duit syiling 10 Yen yang disusun di atas permukaan MacBook yang panas ketika digunakan. Duit syiling ini diperbuat daripada tembaga ini adalah konduktor haba yang lebih baik berbanding aluminium yang menjadi bahan binaan tubuh komputer riba ini. Tip menyejukkan komputer riba yang mudah dan murah ini dikongsikan oleh pengguna Twitter @akinori_suzuki . Ia kemudian menjadi viral di Jepun dan terbukti dapat menyejukkan komputer riba sekiranya anda tidak mempunyai meja penyejuk di rumah. 

Macbook-Jepun

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd