Cari @ Amanz

Cip pemproses terkini Kirin 950 oleh Huawei dilancarkan secara rasmi hari ini. Ia adalah pemproses lapan teras dengan empat teras cip A-72 pada kelajuan 2.53 GHz dan empat teras A-53 pada kelajuan 1.8 GHz. Ia turut menggunakan GPU Mali-T880MP4 dan menyokong rangkaian LTE Cat.6. Pemproses berkemampuan tinggi ini dihasilkan menggunakan teknologi 16 nm FinFET oleh TSMC. Kirin 950 dihasilkan oleh Huawei bagi menandingi kemampuan cip Exynos 7420 yang kini merupakan pemproses paling berkuasa untuk peranti Android setakat ini.

Hisilicon-Kirin-950

Dari segi kemampuan memproses markah penanda aras GFXBench yang tertiris menunjukkan Kirin 950 berjaya menandingi Exynos 7420. Ia berjaya mencatatkan 1710 markah dalam ujian satu teras  dan 6245 markah untuk ujian berbilang teras. Exynos 7420 hanya mampu mencatatkan 1486 markah untuk ujian satu teras dan 4970 markah untuk ujian berbilang teras. Kirin 950 dijangka akan digunakan pada peranti Huawei Mate 8 yang akan dilancarkan 26 November hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd