Toyota Membuat Pelaburan Pada Penyelidikan Dan Pembangunan Teknologi Kecerdasan Buatan

Toyota Membuat Pelaburan Pada Penyelidikan Dan Pembangunan Teknologi Kecerdasan Buatan

Diterbitkan pada November 6, 2015 oleh .

Kecerdasan buatan (artificial intelligence) adalah salah satu arena yang semakin menerima perhatian ramai akhir-akhir ini. Terkini, hari ini pihak Toyota mengumumkan akan membuat pelaburan berjumlah $1 bilion untuk penyelidikan dan pembangunan untuk teknologi berkenaan.

Bahagian penyelidikan ini dibuka di Silicon Valley, dan akan bertanggungjawab dalam arena kecerdasan buatan serta robotik – dan terutamanya memfokuskan kepada arena kenderaan futuristik, yang mana boleh memandu kenderaan secara automatik serta mengintegrasikan pelbagai teknologi pintar yang lain.

Toyota turut mengatakan mereka melihat kepada lebih daripada kenderaan yang dipandu automatik. Sebelum ini, mereka telah mempertontonkan sebuah robot yang boleh bergerak secara automatik dan mengambil barang serta menghantar barangan.

Toyota akan membuat pelaburan berjumlah $1 bilion untuk tujuan ini yang akan dibahagikan kepada tempoh lima tahun akan datang. Seperti biasa, Toyota dijangka akan menerima cabaran dalam mendapatkan kepakaran daripada jurutera berkaitan memandangkan industri ini disertai oleh pelbagai pihak – bukan sekadar syarikat automotif sahaja, tetapi termasuk syarikat teknologi seperti Google, Apple dan Samsung.


TIPS & ULASAN