Cari @ Amanz

Dell sebelum ini telah menawarkan sejumlah komputer riba dengan cip pemprosesan generasi ke-6 di Malaysia, termasuk XPS 15. Hari ini, mereka turut menambah penawaran mereka dengan turut menawarkan komputer riba gaming mereka berasaskan cip pemprosesan generasi ke-6 dibawah keluarga Alienware.

Dell Alienware 13

Dua Alienware 13 berasaskan kepada Intel Core i7 generasi ke-6 telah pun mula dijual oleh Dell Malaysia, dimana satu hadir dengan ruangan storan berasaskan SSD dan ia turut ditawarkan dalam variasi storan HDD – selain perbezaan dari segi skrin.

Versi asas Alienware 13 yang ditawarkan pada harga RM5899 hadir dengan cip Intel Core i7, memori 8GB RAM, ruangan storan 500GB HDD dan juga Windows 10. Jika anda inginkan ruangan storan berasaskan SSD, anda boleh memilih penawaran dengan storan 256GB SSD pada harga RM7299.

Kedua-dua versi juga dilengkapi kad grafik NVIDIA GeForce GTX 960M.

Model Alienware 13 versi asas hadir dengan skrin 13.3-inci FHD (1920×1080 pixel), sementara versi berharga RM7299 pula hadir dengan paparan resolusi QHD+ (3200×1800 pixel).

Dell mengatakan kedua-duanya hadir dengan penawaran masa penggunaan bateri sehingga 10.5 jam lamanya.

Dell Malaysia telah mula menjual Alienware 13 berasaskan Intel Core gen-6 ini melalui laman rasmi mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd