Microsoft Memperlihatkan Kebolehan Untuk Teka Emosi Daripada Gambar Wajah

Microsoft Memperlihatkan Kebolehan Untuk Teka Emosi Daripada Gambar Wajah

Diterbitkan pada November 11, 2015 oleh .

Pembelajaran mesin kini menjadi salah satu topik yang difokuskan oleh beberapa gergasi perkomputeran, termasuk Microsoft. Microsoft sebelum ini telah hadir dengan beberapa eksperimen untuk mengecam wajah dan membuat beberapa kiraan berkaitan dengannya.

Emotion API

Terkini, hari ini mereka memperkenalkan Emotion API yang membolehkan pengguna mengira reaksi wajah mereka dan apakah emosi yang diperlihatkan oleh wajah tersebut. Seperti biasa, pengguna boleh memuat-naik gambar daripada komputer (yang bersaiz kurang 4MB), dan seterusnya Microsoft akan memaparkan analisa berkaitan dengan wajah berkenaan.

Layari : Emotion API

Disamping itu, Microsoft juga turut menyediakan koleksi tool untuk pembangun menggunakan dalam projek mereka, dibawah nama Project Oxford.

Layari : Microsoft Project Oxford


TIPS & ULASAN