Laman Code.org sedia memfokuskan kepada mengajar orang ramai termasuk kanak-kanak berkaitan dengan sains komputer. Terkini, mereka bekerjasama dengan Microsoft untuk mengajar kanak-kanak untuk mengaturcara menggunakan permainan Minecraft.
Seperti ramai sedia maklum, Microsoft sebelum ini telah mengambil-alih Minecraft. Minecraft memfokuskan kepada dunia permainan yang mencorak kreativiti pemain dengan membina pelbagai perkara – dan ia juga selari dengan konsep untuk menggunakannya untuk tujuan pengaturcaraan.
Melalui kerjasama ini, Microsoft (Mojang) membangunkan lebih kurang 14 pembelajaran berbeza yang mana boleh diselesaikan dalam masa lebih kurang sejam. Ia boleh dimainkan oleh kanak-kanak seawal 6 tahun, dan ditawarkan secara percuma melalui laman Code.org.
Bagi anda yang mempunyai anak kecil, mungkin boleh memupuk semangat pengaturcaraan dengan pembelajaran melalui penggunaan Minecraft ini.
Layari : Code.org