Cari @ Amanz

Les Copaque, penerbit animasi Upin & Ipin sedia mempunyai syarikat khusus memfokuskan permainan mudah-alih, iaitu LCGDI. Mereka telah menerbitkan beberapa permainan untuk peranti mudah-alih sebelum ini, dan terkini, mereka telah menerbitkan sebuah permainan baru dinamakan Upin & Ipin KipiBlock.

Upin & Ipin KipiBlocksPermainan Upin & Ipin KipiBlock ini menawarkan bentuk permainan umpama Candy Crush, dimana pengguna memerlukan untuk menyusun tiga watak animasi berkenaan yang sama dengan mengerakkan satu blok sahaja, dan menyelesaikan seberapa banyak yang mungkin dalam masa yang ditetapkan.

Dari segi bentuk permainan, ia boleh dikatakan agak sukar untuk membezakan setiap blok – walaupun menawarkan warna latar berbeza. Ini mungkin kerana penggunaan wajah watak animasi yang besar yang menyukarkan perbezaan warna – dan menjadikan permainan ini kurang menarik untuk dimainkan.

Apa pun, bagi anda yang meminati animasi Upin & Ipin, anda boleh memuat-turun permainan ini secara percuma dari Google Play Store dan memainkannya. Hendaklah diambil perhatian yang mana ia hadir dengan sokongan pembelian dalam -aplikasi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd