Carian
Samsung W2016 Dilancarkan – Peranti Android Boleh Lipat Berspesifikasi Tinggi
November 23, 2015 Effi Saharudin

Samsung W2016 akhirnya dilancarkan secara rasmi oleh Samsung untuk pasaran China beberapa hari yang lalu. Sebelum ini kami melaporkan kewujudan peranti ni selepas gambar tertiris di laman TENAA China. Berbeza dengan peranti-peranti boleh lipat yang dilancarkan sebelum ini seperti Galaxy Folder, W2016 mempunyai spesifikasi tinggi sama seperti sebuah Galaxy S6. Ia dilengkapi dua skrin 3.9″ AMOLED beresolusi 768x 1280 pixel, diperkasakan pemproses lapan teras Exynos 7420, RAM sebesar 3 Gigabyte dan muatan dalaman 64 Gigabyte. Kemampuan optik adalah 16 Megapixel OIS f/1.9 dibahagian belakang dam 5 Megapixel di bahagian hadapan. Persamaan dengan sebuah Galaxy S6 diteruskan lagi dengan bahan binaan diperbuat daripada kaca serta logam. Bateri pula hanya sebesar 2000 mAh dengan sokongan pengecasan pantas.

Samsung W2016 1

Peranti ini hanya diumumkan untuk pasaran China buat masa ini dan dijual pada harga 9999 Yuan (~RM 2674) sebuah. Peranti boleh lipat Android seperti ini tidak pernah lagi dibawa masuk secara rasmi oleh Samsung untuk pasaran Malaysia. Jadi sekiranya anda mahu memilikinya anda perlulah membelinya di luar negara.

 

Samsung W2016 2Samsung W2016 3

Komen