U Mobile Menawarkan Tambahan Data Percuma 1GB Untuk Pelanggan Prabayar UMI Pada Januari 2016

U Mobile Menawarkan Tambahan Data Percuma 1GB Untuk Pelanggan Prabayar UMI Pada Januari 2016

Diterbitkan pada Jan 1, 2016 oleh .

U Mobile pada penghujung tahun 2015 lepas, telah menawarkan data tambahan percuma sebanyak 1GB untuk semua pelanggan mereka. Hari ini, memulakan tahun baru, U Mobile turut sama meneruskannya, dan kali ini mereka menawarkan data percuma 1GB tambahan kepada semua pelanggan prabayar yang melanggan UMI.

U Mobile UMI Jan 2016

U Mobile UMI (Unlimited Mobile Internet) menawarkan pakej serendah RM20 yang mana hadir dengan 500MB, dan untuk Januari 2016 ini, pelanggan tersebut akan menerima tambahan 1GB, menjadikan jumlahnya adalah 1.5GB. Perkara sama juga dilakukan untuk pilihan pakej UMI lain, dimana tambahan 1GB data diberikan.

U Mobile mengatakan pelanggan prabayar UMI akan menerima tambahan 1GB secara percuma apabila mereka membuat pembaharuan langganan pada bulan Januari 2016 ini.


TIPS & ULASAN