Cari @ Amanz

Apple Store Malaysia telah dikemaskini hari ini, dan salah satu perubahan baru yang hadir bersama-sama dengannya adalah penyenaraian Apple Watch untuk pasaran Malaysia. Tiga variasi ditawarkan oleh Apple untuk jam tangan pintar mereka, iaitu Apple Watch Sport, Apple Watch, dan juga Apple Watch Edition.

Apple Watch Malaysia

Apple Watch Sport merupakan model asas dan hadir dalam 16 model berbeza. Versi asasnya hadir dengan rekaan saiz 38mm pada harga RM1599, sementara versi 42mm pula ditawarkan pada harga RM1849. Ia menggunakan rekaan berasaskan aluminium, dan ditawarkan dalam empat pilihan warna berbeza iaitu perak, kelabu, emas, dan juga merah jambu.

Apple Watch Malaysia

Apple Watch pula hadir dalam 20 variasi berbeza, dimana model 38mm ditawarkan bermula RM2499, sementara model 42mm ditawarkan pada harga RM2749. Apple Watch menggunakan rekaan kerangka berasaskan Stainless Steel, serta dilengkapi skrin berasaskan kaca sapphire.

Apple Watch Malaysia

Versi paling mahal adalah Apple Watch Edition, yang hadir dalam 8 variasi, dan model asas dengan saiz 38mm ditawarkan pada harga bermula RM47,000, sementara model bersaiz 42mm pula berharga bermula RM57,000. Apple Watch Edition ini diliputi dengan emas 18-karat, kaca sapphire dan juga tali jam tangan yang direkabentuk khusus – termasuk ruangan pengecasan khusus untuknya.

Apple Watch merupakan jam tangan pintar daripada Apple, hadir dengan sistem operasi WatchOS, dan boleh digunakan bersama-sama telefon pintar iPhone. Menggunakannya, pengguna boleh menerima pelbagai notifikasi daripada telefon, selain turut menggunakan sejumlah aplikasi bersama-sama dengannya.

Apple Watch -IMG_0979

Apple Watch -IMG_0995

Apple Watch -IMG_0988

Apple Watch -IMG_1017

Apple sebelum ini menyasarkan untuk melancarkan jam tangan pintar ini di Malaysia pada tahun 2015, namun ia berlalu pergi begitu sahaja, dan kini Apple menceriakan peminat mereka dengan melancarkannya pada permulaan 2016.

Terima kasih Izdi

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd