Sokongan Samsung Gear S2 Untuk iPhone Akan Diperkenalkan Pada Tahun Ini

Sokongan Samsung Gear S2 Untuk iPhone Akan Diperkenalkan Pada Tahun Ini

Diterbitkan pada Jan 6, 2016 oleh .

Samsung telah memperkenalkan jam tangan pintar Gear S2 mereka pada tahun lepas, dimana ia membawakan rekaan yang cantik melalui penggunaan skrin bulat. Berbeza dengan sebelumnya, keluarga Gear yang sering terhad untuk peranti Samsung sahaja telah diperluaskan sokongan untuk semua peranti Android yang menjalankan Android 4.4 dan terkini.

Samsung Gear S2

Hari ini, di CES 2016, pihak Samsung mengumumkan yang mana mereka akan turut memperkenalkan sokongan Gear S2 untuk iPhone pada tahun ini. Perkara ini sekaligus akan membolehkan pengguna iPhone menggunakan jam tangan pintar Samsung ini.

Gear S2 menjalankan sistem operasi Tizen, membolehkan pengguna menerima notifikasi daripada telefon pintar, selain turut mengawal dan mengakses beberapa informasi melalui jam tangan pintar mereka.

Langkah daripada Samsung ini sesuatu yang dijangka ramai, dan telah diperkatakan sejak tahun lepas.


TIPS & ULASAN