Samsung Pay Akan Diperkenalkan Di Singapura Pada Tahun Ini

Samsung Pay Akan Diperkenalkan Di Singapura Pada Tahun Ini

Diterbitkan pada Jan 6, 2016 oleh .

Samsung pada tahun lepas telah memperkenalkan Samsung Pay secara rasminya, iaitu kebolehan membuat pembayaran di kedai menggunakan telefon pintar. Samsung telah mengintegrasikan sokongan Samsung Pay pada sejumlah peranti baru mereka, sekaligus memperlihatkan fokus pihak Samsung dalam memperluaskan penggunaannya.

Samsung Pay Singapura

Samsung Pay masih terhad di Korea Selatan dan Amerika Syarikat buat masa ini, tetapi ia akan diperluaskan ke beberapa negara lain tidak lama lagi.

Bercakap mengenainya, Samsung mengatakan Samsung Pay bakal diperluaskan ke Australia, Singapura, Brazil – selain daripada UK, Sepanyol dan juga China.

Pelancaran perkhidmatan sama untuk pasaran tempatan masih tidak diketahui lagi, dan mungkin pihak Samsung mempunyai sasaran mereka tersendiri dalam memperkenalkan perkhidmatan mereka. Dengan Singapura menerimanya, mungkin kita akan dapat melihat ia diperkenalkan di Malaysia dalam tempoh setahun dua lagi.


TIPS & ULASAN