Facebook Messenger Kini Mempunyai Lebih 800 Juta Pengguna Aktif – Lebih Banyak Fungsi Baru Pada 2016

Facebook Messenger Kini Mempunyai Lebih 800 Juta Pengguna Aktif – Lebih Banyak Fungsi Baru Pada 2016

Diterbitkan pada Jan 7, 2016 oleh .

Facebook pada tahun 2015 yang lepas telah memperkenalkan beberapa perkara baru pada Facebook Messenger, termasuk mengasingkan ia sebagai sebuah platform berbeza – dan membolehkan pembangun membangunkan aplikasi dan kandungan pada platform berkenaan.

Terkini, memulakan tahun baru, Facebook mengatakan Messenger kini mempunyai lebih daripada 800 juta pengguna aktif setiap bulan.

Facebook Messenger

Bergerak ke hadapan, Facebook mengatakan Messenger akan menjadi salah satu penganti utama untuk pengguna berkomunikasi. SMS dan nombor telefon dikatakan mungkin menjadi kurang relevan dari hari ke hari.

Facebook juga mengatakan mereka akan membolehkan dan memudahkan lebih ramai berinteraksi menggunakan Messenger, terutamanya syarikat, organisasi dan juga jenama melalui Facebook Messenger.

Berkemungkinan juga, kita akan melihat lebih banyak sokongan pembantu pintar diintegrasikan pada Messenger. Facebook sedia memperkenalkan pembantu digital mereka dinamakan “M”, tetapi ia sangat terhad dan ditujukan untuk pengguna Amerika Syarikat sahaja buat masa ini.


TIPS & ULASAN