Cari @ Amanz

Pada bulan Disember 2015 yang lepas, pihak TP-LINK yang terkenal dengan pengeluaran peranti memfokuskan rangkaian seperti penghala, telah mengumumkan yang mana mereka akan hadir dengan keluarga telefon pintar baru dinamakan Neffos. Hari ini, mereka telah pun mengumumkan tiga telefon pintar baru mereka dibawah siri Neffos C5.

Tiga telefon pintar baru yang hadir daripada TP-LINK Neffos adalah Neffos C5, Neffos C5 Max dan juga Neffos C5L.

TP-LINK Neffos C5

Neffos C5 hadir dengan skrin bersaiz 5-inci, cip pemprosesan emmpat-teras 64-bit, dilengkapi memori 2GB RAM, dan ruangan storan 16GB. Untuk rakaman gambar, telefon pintar 4G ini membawakan kamera belakang 8-megapixel dengan dwi-LED, dan kamera hadapan 5-megapixel. Ia turut dijana menggunakan bateri berkapasiti 2200mAh.

Neffos C5 Max pula membawakan skrin bersaiz sedikit besar, iaitu 5.5-inci, dijana dengan cip MediaTek MT6753, memori 2GB RAM, dan ruangan storan 16GB. Peranti ini menggunakan kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel. Saiz yang sedikit besar membolehkan peranti ini menyertakan bateri berkapasiti 3045mAh.

Untuk anda yang memerlukan peranti sedikit kecil pula, TP-LINK hadir dengan Neffos C5L. Ia menyertakan skrin bersaiz 4.5-inci, dijana dengan cip Snapdragon 210, memori 1GB RAM, dan ruangan storan 8GB. Peranti ini dengan spesifikasi lebih rendah, ia akan membawakan kamera belakang 8-megapixel, dan kamera hadapan 2-megapixel.

TP-LINK sedia mempunyai penawaran produk rangkaian mereka di Malaysia, tetapi tidak diketahui lagi sama ada mereka akan membawa masuk telefon pintar Neffos ini ataupun sebaliknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd