Dron Ambulans AirMule Berjaya Melakukan Ujian Penerbangan

Dron Ambulans AirMule Berjaya Melakukan Ujian Penerbangan

Diterbitkan pada Jan 8, 2016 oleh .

Minggu ini kita membaca tentang dron dari China yang mampu membawa penumpang. Ini sebenarnya bukan idea baru dan sudah dibangunkan oleh Tactical Robots Inc sejak beberapa tahun yang lalu. Mereka menghasilkan AirMule, dron ambulans yang ingin digunakan oleh tentera Israel. Mereka menyedari ruang sempit di antara bangunan di Israel dan Palestin menyukarkan pendaratan helikopter kecemasan untuk membawa keluar askar rejim Zionis yang tercedera. AirMule mampu terbang ke dalam lorong sempit sebelum membawa keluar anggota tercedera sama seperti sebuah helikopter.

AirMule-1

AirMule akhirnya berjaya melakukan penerbangan bebas pertamanya. Versi AirMule sekarang diperkasakan enjin 730 kuasa kuda. Dengan kejayaan ujian penerbangan ini Tactical Robots Inc akan membangunkan model baru dengan 985 kuasa kuda bagi memberikan kemampuan membawa kargo sehingga 440 kilogram, jarak penerbangan 300 Kilometer dan kelajuan maksimum 185 Kilometer sejam. Edisi Awam yang diberi nama Cormorant juga akan dihasilkan pada masa hadapan. Adalah melegakan melihat teknologi dron dihasilkan untuk menyelamatkan nyawa dan bukannya untuk menghasilkan lebih banyak kemusnahan di bumi anbiya.

AirMule-2


TIPS & ULASAN