Cari @ Amanz

Beberapa laporan sebelum ini telah hadir mengatakan Apple tidak akan menyertakan bicu audio pada iPhone 7 akan datang mereka. Perkara ini menimbulkan reaksi berbeza dikalangan peminat produk Apple. Terkini, laporan baru turut hadir mengatakan Apple sedang menyiapkan aksesori khusus untuk pengguna iPhone, iaitu sebuah fon telinga Beats tanpa-wayar – lebih kurang seperti Moto Hint.

Moto Hint

Apple sebelum ini telah diura-ura tidak akan menyertakan sokongan bicu audio pada telefon pintar akan datang mereka, sebaliknya akan memerlukan pengguna menghubungkan fon telinga menggunakan sambungan Ligtning ataupun melalui Bluetooth. Langkah ini dikatakan salah satu kaedah dalam menjadikan telefon berkenaan kekal nipis – dan membolehkan Apple mencuba sesuatu yang berbeza.

Untuk melengkapkan pengenalannya, Apple kini dikatakan sedang dalam fasa pembangunan fon kepala baru dibawah Beats – syarikat audio yang telah diambil-alih oleh mereka sebelum ini. Melaluinya, Apple dikatakan sedang membangunkan fon kepala tanpa wayar – lebih kurang seperti Moto Hint, membolehkan pengguna mendengar lagu, menjawab panggilan, dan berkemungkinan besar mengaktifkan Siri.

Fon telinga baru ini akan memerlukan pengecasan menggunakan kerangka khusus dan tidak menggunakan sebarang kabel seperti tawaran Beats masa kini.

Apple sering kali memperkenalkan telefon pintar baru mereka sekitar bulan September atau Oktober. Perkara sama dijangka kekal pada tahun ini, dan buat masa ini, Apple dikatakan sedang menguji tiga rekaan berbeza untuk peranti mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd