Kandungan Netflix Perlu Ditapis Di Malaysia Menurut Menteri KKMM

Kandungan Netflix Perlu Ditapis Di Malaysia Menurut Menteri KKMM

Diterbitkan pada Jan 9, 2016 oleh .

Selamat hujung minggu. Ini masa yang baik untuk Neflix dan santai bersama ahli keluarga ataupun waifu plastik yang beratur di atas meja anda. Apakah yang anda tontoni sekarang? Kami baru sahaja menghabiskan beberapa jam menonton dokumentari dan Orange is The New Black. Jika anda suka apa yang anda tontoni sekarang jangan cepat merasa selesa kerana ia mungkin tidak akan bertahan lama. Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak semalam mengumumkan kandungan yang ditawarkan oleh Netflix perlu ditapis selari dengan garis panduan yang ditetapkan oleh SKMM.

Netflix

Pihak SKMM mempunyai hak untuk mengalang akses kepada perkhidmatan penstriman video atas talian ini sekiranya mereka gagal mematuhi peraturan. Pada waktu yang sama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) turut menggesa pihak kerajaan untuk segera menapis kandungan Netflix. Ketua aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan mahukan ini dilakukan segera sebelum rancangan yang ditonton tanpa sebarang penapisan ini menjadi popular di kalangan penonton di Malaysia. Secara peribadi kami merasakan agak aneh Netflix menjadi sasaran penapis selepas hanya beberapa hari dilancarkan di Malaysia. Laman YouTube yang juga mempunyai banyak video yang tidak disaring tidak pernah pula digesa untuk disunting oleh pihak-pihak tertentu ataupun kementerian.

Pada hemat penulis isu Netflix ini mempunyai banyak persamaan selari dengan kemelut pengharaman vape di Malaysia. Kenapa vape sangat agresif mahu diharamkan sedangkan rokok masih boleh dijual. Kenapa Netflix beria-ria mahu disunting tetapi YouTube tidak pula disunting. Penguatkuasaan yang tidak konsisten ini amat menghairankan bagi negara yang mempunyai aspirasi menjadi negara maju dalam masa kurang tiga tahun saja lagi.

Artkel Berkaitan – iFlix vs Netflix – Perhidmatan Manakah Paling Sesuai Untuk Anda?


TIPS & ULASAN