Petisyen Meminta Apple Mengekalkan Bicu Audio Pada iPhone 7 Mula Muncul

Petisyen Meminta Apple Mengekalkan Bicu Audio Pada iPhone 7 Mula Muncul

Diterbitkan pada Jan 9, 2016 oleh .

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, wujud ura-ura Apple tidak akan menyertakan bicu audio pada iPhone 7 yang akan muncul tahu ini. Walaupun ura-ura ini masih belum disahkan Apple, ia telahpun mampu menimbulkan kerisauan di kalangan pengguna peranti Apple. Sebuah petisyen kini muncul bagi meminta Apple untuk mengekalkan bicu audio. Petisyen menggunakan alasan ketiadaan bicu audio akan memaksa pengguna membeli fon telinga dan kepala baru yang sesuai digunakan dengan iPhone 7 kelak. Ura-ura juga mengatakan fon kepala Beats baru tanpa wayar akan dihasilkan bagi iPhone tanpa bicu audio ini. Ini menunjukkan Apple berniat jahat memaksa pengguna membeli fon kepala dan telinga baru sekaligus mengaut keuntungan.

iphone-6S-lightning-2

Pestisyen ini turut menggunakan alasan pencemaran alam sekitar dimana jumlah bahan buangan elektronik akan bertambah apabila peralatan audio berwayar tidak lagi diperlukan pemilik iPhone baru. Setakat ini lebih daripada 200000 individu telahpun menanda tangani petisyen ini. Adakah suara pengguna-pengguna ini akan didengari Apple? Hanya masa akan menentukannya. Kepada peminat peranti Apple, adakah ketiadaan bicu audio akan membuatkan anda tawar hati untuk membeli model terkini iPhone kelak?

Lawati: Petisyen mahukan bicu audio pada iPhone 7


TIPS & ULASAN