Pembayaran Google Play Store Guna Prabayar Dan Pascabayar Diaktifkan Untuk Maxis Dan Hotlink

Pembayaran Google Play Store Guna Prabayar Dan Pascabayar Diaktifkan Untuk Maxis Dan Hotlink

Diterbitkan pada Jan 13, 2016 oleh .

Maxis telah menguji sokongan pembelian pada Google Play Store untuk pengguna pascabayar mereka beberapa hari lepas, dan hari ini ia dilihat syarikat telekomunikasi terkemuka di Malaysia berkenaan telah pun mengaktifkan sokongan pembayaran berkenaan turut sama untuk pengguna Hotlink.

Pengguna Hotlink adalah pengguna prabayar daripada Maxis, dan pengenalan fungsi pembelian aplikasi dan kandungan pada Google Play Store menggunakan kredit prabayar semestinya akan disukai pengguna – sekaligus mengalakkan lagi mereka membuat pembelian.

Maxis Billing

Maxis Billing

Kini, apabila membuat pembelian, pengguna boleh tap pada harga, dan memilih medium pembayaran melalui Maxis Billing. Seterusnya, pengguna akan dikenakan caj bayaran pada kredit telefon – sama ada prabayar atau pascabayar. Pengguna akan menerima SMS ketika pembelian berjaya.

Untuk pengguna Android baru, anda boleh mengaktifkan sokongan ini ketika log masuk buat kali pertama menggunakan Google Play Store pada skrin tetapan pertama Android.

Maxis Billing

Apa pun, untuk menggunakan sokongan pembayaran melalui Maxis Billing ini pada Google Play Store, ia dilihat pengguna memerlukan langganan aktif internet untuk mingguan atau bulanan. Sekiranya tidak mempunyai langganan berkenaan, pengguna tidak boleh melakukan pembelian menggunakan Google Play Store.

Maxis Billing

Kami telah menghubungi pihak Maxis tempoh hari berkenaan perkara ini, dan mereka masih belum mengeluarkan sebarang komen rasmi berkaitan dengannya. Namun, daripada pengamatan kami pada hari ini, fungsi pembayaran pada Google Play Store menggunakan Maxis Billing telah diaktifkan kepada semua pengguna Hotlink dan Maxis.


TIPS & ULASAN