Carian
Oppo F1 Dilancarkan – Peranti 5″ Dengan Pemproses Snapdragon 616
January 13, 2016 Effi Saharudin

Siri F Oppo ialah keluarga baru peranti mereka yang memfokuskan fotografi. Oppo F1, peranti pertama di dalam keluarga ini akhirnya dilancarkan di Vietnam semalam. Peranti ini mempunyai skrin 5″ IPS LCD (720P), pemproses Snapdragon 616, RAM sebesar 3 Gigabyte dan muatan dalam 16 Gigabte. Menyokong dwi-SIM (Nano+Mikro)m ia turut memberikan penambahan memori dalaman sehingga 128 Gigabyte menggunakan kad MikroSD.

Oppor-F1-1

Kemapuan optik pula ialah kamera utama 13 Megapixel f/2.2 dan kamera hadapan 8 Megapixel f/2.0 dengan fungsi Beutify 3.0. Skrin peranti boleh berfungsi sebagai flash apabila mengambil selfie. Kapasiti bateri pula ialah 2500 mAh. Dari segi rekaan ia menyerupai keluarga R, diperbuat sepenuhnya dari logam. Kemasan sisi bulat memastikan ianya selesa digenggam di dalam tangan. Sistem operasi Android 5.1 digunakan dengan pelancar Color OS 2.1. Di Vietnam F1 akan mula dijual 13 Januari ini pada harga Dong 6490000 (~RM 1270) sebuah.

Komen